Ahad, 13 Julai 2008

PENULISAN BLOG

Saya menulis kerana saya seorang penulis. Menulis kepada media cetak bukan tak boleh, dulu pun saya menulis, sebagai pemberita sambilan akhbar, penulis majalah, cerpen, puisi, drama radio, semua saya dah tulis, atau dimana sahaja, saya akan menulis, kerana memang itulah minat saya. Nikmat menulis diruang blog yang amat luas ini menjanjikan kepuasan. Soal siapa yang nak baca, itu bukan soal saya, selagi saya dikurniakan Illahi kekuatan untuk menulis, saya akan tulis. Bagaimanapun, saya mengendalikan laman ini bukan laman politik, bukan saya tak minat, tapi biarlah orang lain yang tulis. Dah banyak orang cerita pasal politik. Saya nak cerita tentang alam, tentang kehidupan. Saya nak tulis perjalanan hidup saya, yang dulu-dulu, sekarang atau akan datang. Ia akan dipaparkan dalam bentuk berita/foto. Kalau sesiapa nak ambil foto saya, ambillah, saya izinkan, kalau boleh bagilah kredit pada saya, itupunkalau nak bagi, kalau tidak, saya tak boleh nak buat apa-apa.