Ahad, 10 Ogos 2008

TERIMA KASIH AMALYNA

Respons yang anda berikan amat menarik. InsyaAllah, cadangan anda akan diberi perhatian sepenuhnya. Teruskan mengunjungi laman ini dan laman yang telah di LINKS. Jangan lupa, beritahu rakan-rakan Amalyna. Amalyna juga dialu-alukan mengirmkan apasaje bahan untuk sama-sama dimanfaatkan. Selamat belajar dan lebihkan tumpuan. Salam sayang untuk Amalyna dan Keluarga.

Sabtu, 19 Julai 2008

SURAT TERBUKA KEPADA ZAHARI RUSDI

TERIMA KASIH DIATAS RESPON ANDA. SEPERTI YANG SAYA KATAKAN, LAMAN BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN. APA YANG SAYA CATATKAN MELALUI LAMAN BLOG SAYA ADALAH CATATAN SAYA BERKAITAN APA SAJA, DARI CATATAN PERJALANAN, SASTERA, NON KREATIF, BERITA/BULETIN SEMASA BERKENAAN DUN BATANG KALI, DESA PERMAI, DAN SEBAGAINYA. SAYA BERHARAP PENGUNJUNG LAMAN SAYA AKAN MENDAPAT APA SAJA BERITA DAN ILMU. TERUSKANLAH BERKUNJUNG.


RESPON DARI: ZAHARI RUSDI (suluhpenghidupan.blogspot.com)

Jumaat, 18 Julai 2008

PULAU REDANG YANG MENAWAN


Kami sekeluarga berkunjung ke Pulau Redang. Pemandangannya amat menawan. Merakamkan foto sewaktu mentari berbakti menyinarkan cahaya merahnya. Sebahagian foto yang saya paparkan telah diolah dengan teknik yang amat menarik hasilnya. Semoga anda yang menatapi foto-foto yang saya rakamkan akan menarik keinginan anda untuk kesana. Kunjungilah dan nikmati keindahan Pulau Redang. Jangan fikirkan sangat perbelanjaannya. Tidak mahal. anda mampu. Apalah sangat dengan kos yang lebih, kalau anda akan memperolehi keseornokan menikmati keindahan anugerah Illahi kepada seluruh manusia. JIKA ANDA BERMINAT DENGAN FOTO YANG SAYA PAPARKAN, KLIK DIATAS FOTO TERSEBUT UNTUK MELIHAT UKURAN SEBENAR. ANDA SIMPANLAH DIFOLDER ANDA, BERILAH SEDIKIT PENGHARGAAN KEPADA SAYA, KALAU TIDAK PUN TIDAK MENGAPA.

Ahad, 13 Julai 2008

PENULISAN BLOG

Saya menulis kerana saya seorang penulis. Menulis kepada media cetak bukan tak boleh, dulu pun saya menulis, sebagai pemberita sambilan akhbar, penulis majalah, cerpen, puisi, drama radio, semua saya dah tulis, atau dimana sahaja, saya akan menulis, kerana memang itulah minat saya. Nikmat menulis diruang blog yang amat luas ini menjanjikan kepuasan. Soal siapa yang nak baca, itu bukan soal saya, selagi saya dikurniakan Illahi kekuatan untuk menulis, saya akan tulis. Bagaimanapun, saya mengendalikan laman ini bukan laman politik, bukan saya tak minat, tapi biarlah orang lain yang tulis. Dah banyak orang cerita pasal politik. Saya nak cerita tentang alam, tentang kehidupan. Saya nak tulis perjalanan hidup saya, yang dulu-dulu, sekarang atau akan datang. Ia akan dipaparkan dalam bentuk berita/foto. Kalau sesiapa nak ambil foto saya, ambillah, saya izinkan, kalau boleh bagilah kredit pada saya, itupunkalau nak bagi, kalau tidak, saya tak boleh nak buat apa-apa.